121,000kg barangan kitar semula dikutip, cukup tampung 10 padang bola sepak

121,000kg barangan kitar semula dikutip, cukup tampung 10 padang bola sepak. [Newspaper] (2021)



Abstract

CYBERJAYA: Program ‘3R On Wheels’ anjuran Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) sejak 2019 mengutip sebanyak 121,000 kilogram barangan kitar semula dengan anggaran ia cukup untuk menampung 10 padang bola sepak. Menerusi program tersebut, sisa kitar semula yang dikumpulkan itu antara usaha bersama dengan persatuan-persatuan penduduk, sekolah, institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan syarikat swasta di seluruh Lembah Klang.
Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd. Zain Hassan berkata, sepanjang tahun ini, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ‘3R On Wheels’ mengumpulkan lebih 40,000 kilogram barangan kitar semula. Menurutnya, jika dijumlahkan kutipan keseluruhan dari 2019, ia melangkaui 121,000 kilogram barangan kitar semula yang diselamatkan daripada terus ke tapak pelupusan sampah. “Kesemua barangan kitar semula ini kita rawat dan diasingkan di pusat Fasiliti Kitar Semula Bersepadu (IRF) kami di Fasiliti Invasi Kitar Semula (FIKS) di Presint 5, Putrajaya dan kemudian dihantar kepada pihak kilang bagi proses kitar semula.

Item Type: Newspaper
Keywords: barangan kitar semula, Invasi Kitar Semula, Program ‘3R On Wheels’
Taxonomy: By Subject > Applied Sciences > Biology
By Subject > Applied Sciences > Chemistry
By Subject > Applied Sciences > Environmental Technology
By Subject > Applied Sciences > Industrial Technology
Local Content Hub: Subjects > Applied Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 26 Feb 2022 23:59
Last Modified: 26 Feb 2022 23:59
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item