Ranhill perkukuh kemampanan pengurusan air

Ranhill perkukuh kemampanan pengurusan air. [Newspaper] (2021)



Abstract

PETALING JAYA: Akses terhadap bekalan air bersih yang selamat dan berterusan merupakan hak asasi setiap rakyat. Dalam dunia yang semakin pesat membangun industrinya, pasti wujud cabaran bagi memastikan bekalan air bersih terus dapat dibekalkan. Namun, pembangunan industri hadir bersama kemajuan teknologi yang boleh dimanfaatkan untuk menyerap kesan pembangunan seperti pencemaran. Dengan teknologi baharu seperti automasi, potensi pembekalan air bersih secara berterusan dan sistematik sebenarnya meningkat seiring dengan cabarannya. Sebagai pengendali eksklusif perkhidmatan air di Johor, Ranhill Utilities Berhad sentiasa meneroka potensi penggunaan teknologi dalam usahanya membekalkan air bersih secara berterusan kepada rakyat Johor. Melalui anak syarikatnya, Ranhill Water Technologies Sdn. Bhd. (RWT), beberapa teknologi terbaharu dapat dibangunkan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Bekalan air bersih, Automasi, Loji rawatan air, Pengapungan udara terlarut (DAF), Sistem nyahcemar (PRS)
Taxonomy: By Subject > Applied Sciences > Biology
By Subject > Applied Sciences > Environmental Technology
Local Content Hub: Subjects > Applied Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 26 Feb 2022 23:59
Last Modified: 27 Feb 2022 00:28
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item