Kuantiti sisa klinikal meningkat tahun lalu

Kuantiti sisa klinikal meningkat tahun lalu. [Newspaper] (2021)



Abstract

Kuala Lumpur: Penggunaan peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan peralatan ujian Covid-19 dalam pengendalian pesakit COVID-19 di kemudahan kesihatan dan pusat kuarantin menyumbang kepada peningkatan kuantiti sisa klinikal yang dijana pada tahun lepas berbanding 2019. Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kuantiti sisa klinikal yang dijana pada 2020 meningkat 18.1 peratus kepada 39.9 ribu tan metrik berbanding 33.8 ribu tan metrik pada 2019. Beliau berkata, tiga negeri mencatat jumlah penjanaan sisa klinikal tertinggi tahun lalu iaitu Selangor dengan 9.7 ribu tan metrik manakala Sarawak dan Kuala Lumpur masing-masing 4.1 ribu tan metrik. "Kuantiti sisa terjadual yang dijana industri merekodkan 7,185.2 tan metrik pada 2020, meningkat 79 peratus berbanding 4,013.2 tan metrik seperti yang dilaporkan pada 2019. "Ini disumbangkan oleh industri loji jana kuasa dan loji rawatan air yang dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu," katanya dalam kenyataan hari ini bagi mengulas Kompendium Perangkaan Alam Sekitar 2021 diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia. Mengikut negeri, Selangor menyumbang jumlah buangan terjadual tertinggi iaitu 28.5 peratus diikuti Johor (16.8 peratus) dan Negeri Sembilan (16.2 peratus).

Item Type: Newspaper
Keywords: Sisa klinikal, Sisa terjadual, Perangkaan alam sekitar Malaysia, Indeks pencemaran udara, Kualiti air dan udara
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Statistics
By Subject > Applied Sciences > Environmental Technology
Local Content Hub: Subjects > Applied Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 26 Feb 2022 23:59
Last Modified: 27 Feb 2022 00:20
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item