TKHM, Agrobank bantu 6 rumah kebajikan bangunkan sistem tanaman hidroponik

TKHM, Agrobank bantu 6 rumah kebajikan bangunkan sistem tanaman hidroponik. [Newspaper] (2021)



Abstract

Banting: Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) menjalin kerjasama dengan Agrobank dalam membangunkan Sistem Tanaman Hidroponik di enam rumah kebajikan terpilih seluruh negara bagi membantu mereka menghasilkan sumber makanan serta menjana pendapatan sendiri. Inisiatif ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang membantu mengenal pasti rumah kebajikan terbabit dan Jabatan Pertanian Malaysia dengan membekalkan set permulaan sistem tanaman hidroponik serta sokongan seperti kaedah penjagaan dan tips penanaman sehingga sekurang-kurangnya tiga kali tuaian. Enam rumah kebajikan yang terpilih itu ialah Madrasah Tahfiz Raudhatul Baiduri, Banting, Selangor; Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi; Desa Bina Diri Mersing, Johor; Rumah Amal Kulim, Kedah; Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh, Perlis dan Perlis Special Teens Centre (PeSTeC). Setiap rumah kebajikan menerima peruntukan bermula dari RM3,000 hingga RM5,000 bergantung kepada saiz dan ruang untuk menjalankan aktiviti hidroponik. Pengarang Kumpulan Harian Metro merangkap Pengerusi Projek TKHM, Husain Jahit berkata, usaha sama dengan pihak Agrobank adalah satu kerjasama strategik dan unik yang membuka pintu serta jalan kepada rumah kebajikan termasuk rumah anak yatim dan pusat tahfiz untuk meningkatkan ketersediaan mereka dalam mendepani apa jua cabaran ekonomi demi kelangsungan hidup seharian.

Item Type: Newspaper
Keywords: Internet of Things (IoT), Sistem tanaman hidroponik, Smart farming
Taxonomy: By Subject > Applied Sciences > Environmental Technology
By Subject > Applied Sciences > Food Technology
Local Content Hub: Subjects > Applied Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 27 Feb 2022 23:26
Last Modified: 27 Feb 2022 23:26
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item