Pertanian pintar tingkat hasil sayur 10 kali ganda. [Newspaper] (2021)
Abstract
SERDANG: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memperkenalkan model pertanian pintar yang boleh dilaksanakan dalam skala kecil, sederhana atau besar sebagai strategi meningkatkan pengeluaran sayur-sayuran dalam negara, bermula tahun depan. Model pertanian secara tertutup menggunakan sistem rumah perlindungan hujan, mengguna pakai sistem pengairan dan pembajaan secara automasi melalui kawalan berkomputer atau aplikasi internet kebendaan (IoT), pencahayaan LED, penghawa dingin dan hidroponik bertingkat. MARDI menyifatkan inisiatif itu sebagai strategi untuk meningkatkan pengeluaran sayur-sayuran dalam negara, sekali gus menangani isu kekurangan bekalan sayur disebabkan peningkatan permintaan, perubahan iklim dan bencana alam, sekali gus membantu menstabilkan harga dalam pasaran. Kaedah itu juga dapat mengatasi masalah sisa kimia pada produk tanaman, menangani isu pencemaran air dan tanah hasil dari aktiviti perindustrian dan pertanian konvensional, selain meningkatkan jaminan bekalan dan keselamatan makanan.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Pertanian pintar, Sistem rumah perlindungan hujan |
Taxonomy: | By Subject > Applied Sciences > Biology By Subject > Applied Sciences > Environmental Technology By Subject > Applied Sciences > Food Technology |
Local Content Hub: | Subjects > Applied Sciences |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 27 Feb 2022 23:28 |
Last Modified: | 27 Feb 2022 23:28 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |