Segerakan PEDi bantu usahawan mikro teroka perniagaan digital. [Newspaper] (2021)
Abstract
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melaporkan lebih 90 peratus perusahaan mikro tidak dapat mengekalkan daya tahan dan kemampanan ketika tempoh pandemik. Berdasarkan laporan Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD): 'COVID-19 and E-commerce: A Global Review' adaptasi digital dalam kalangan usahawan mikro agak perlahan disebabkan masalah jurang digital. Punca pertama jurang digital adalah ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah atau kawasan. Tsunami digital berlaku lebih pantas di bandar berbanding luar bandar kerana prasarana dan perkhidmatan jalur lebar lebih baik serta masyarakat lebih celik teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Punca kedua, ketidakseimbangan status pendapatan dalam komuniti. Golongan miskin bandar agak terkebelakang dalam adaptasi digital kerana tidak mampu memiliki peranti mudah alih serta akses pakej internet lebih stabil dan laju.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | ICT luar bandar, Jurang digital, Adaptasi digital |
Taxonomy: | By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Science By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Information Technology By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Technology and Networking |
Local Content Hub: | Subjects > Computer and Mathematical Sciences |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 27 Feb 2022 23:40 |
Last Modified: | 27 Feb 2022 23:40 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |