RM28 juta jayakan Pelan Strategik Pendigitalan KPLB

RM28 juta jayakan Pelan Strategik Pendigitalan KPLB. [Newspaper] (2021)



Abstract

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan RM28 juta bagi melaksanakan Pelan Strategik Pendigitalan (PSPKPLB) 2021-2025 dalam tempoh lima tahun akan datang. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pelan strategik berkenaan merangkumi visi, hala tuju dan rangka pelaksanaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam usaha KPLB memastikan mandat kesejahteraan masyarakat luar bandar tercapai. Mahdzir berkata, antara matlamat utama pelan strategik berkenaan adalah untuk mengurangkan jurang digital dan capaian internet antara penduduk bandar dan luar bandar. Beliau berkata, pelaksanaan teras pelan strategik berkenaan memperlihatkan bahawa peranan KPLB dalam pembangunan luar bandar tidak hanya tertumpu kepada penyediaan infrastruktur, pemerkasaan ekonomi, keusahawanan dan pembangunan modal insan semata-mata.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pelan strategik pendigitalan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Capaian internet
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Science
By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Information Technology
By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Technology and Networking
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 27 Feb 2022 23:42
Last Modified: 27 Feb 2022 23:42
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item