UMP kampus hijau lestari sasar agenda global SDG. [Newspaper] (2021)
Abstract
PEKAN: Universiti Malaysia Pahang (UMP) giat menjalankan program bertunjangkan kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang menjadi agenda global seiring dengan 17 matlamat yang perlu dicapai seperti yang diperkenalkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk semua negara menjelang 2030. Peranan universiti begitu besar dalam membantu negara mencapai SDG untuk kelestarian masyarakat dan ia merangkumi usaha memastikan akses kepada tenaga yang mampu dimiliki boleh dipercayai, lestari dan mampan untuk semua terutamanya buat warga kampus. UMP turut membabitkan bukan sahaja warga kampus malah komuniti setempat untuk sama-sama mencapai SDG dengan mengadakan pelbagai program lestari serta menyedarkan masyarakat berhubung kepentingan hutan dalam usaha menangani isu perubahan iklim. Profesor Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMP berkata, penganjuran Program Jelajah Kampus Hijau Bersama Media mengajak para pengamal media dan agensi di negeri ini untuk sama-sama meneroka keindahan kampus hijau lestari.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), kelestarian masyarakat, kepentingan hutan |
Taxonomy: | By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies |
Local Content Hub: | Subjects > Administrative Science & Policy Studies |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 27 Feb 2022 23:47 |
Last Modified: | 27 Feb 2022 23:47 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |