Nestlé Malaysia beralih sepenuhnya kepada RE

Nestlé Malaysia beralih sepenuhnya kepada RE. [Newspaper] (2021)



Abstract

NESTLÉ Malaysia mengumumkan bahawa bermula 1 Januari 2022, ia akan beralih sepenuhnya kepada tenaga boleh diperbaharui (RE) di seluruh operasinya di Malaysia. Langkah ini akan membolehkan syarikat mengurangkan emisi yang bersamaan 75,000 tan karbon dioksida (Co2) setiap tahun.

Malah, syarikat akan mempercepatkan usaha dan memenuhi komitmennya untuk memperoleh 100 peratus bekalan elektrik daripada sumber RE menjelang 2025. Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata, langkah ini dapat dilaksanakan menerusi program Tarif Elektrik Hijau (GET), yang dilancarkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dengan kerjasama TNBX Sdn Bhd, anak syarikat Tenaga Nasional Berhad, pada akhir November 2021. "Nestlé Malaysia adalah satu daripada sembilan syarikat korporat yang berikrar untuk menyokong program ini dan antara yang pertama untuk menyempurnakan proses kelulusan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Tenaga boleh diperbaharui (RE), Tarif Elektrik Hijau (GET), Emisi sifar, Kuasa solar, Renewable energy
Taxonomy: By Subject > Applied Sciences > Environmental Technology
Local Content Hub: Subjects > Applied Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 28 Feb 2022 04:08
Last Modified: 28 Feb 2022 04:08
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item