Teknologi tangani propaganda anti minyak sawit

Teknologi tangani propaganda anti minyak sawit. [Newspaper] (2021)



Abstract

JAKARTA: Strategi yang direka untuk menyangkal mitos mengenai minyak sawit mesti memanfaatkan kemajuan teknologi terkini termasuk platform siber kerana berita beredar dengan pantas, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin. Sehubungan itu, organisasi seperti Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) perlu memberi lebih penekanan kepada maklumat yang mudah difahami sebagai naratif untuk mengubah persepsi, katanya. "Propaganda terhadap minyak sawit memberi kesan lebih serius dan ia adalah sesuatu yang CPOPC perlu tangani dengan cara yang lebih berkesan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan bersama Mesyuarat Menteri-Menteri CPOPC ke-9, di sini. Mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto itu turut dihadiri secara maya oleh pegawai-pegawai dari Colombia, Papua New Guinea, Honduras dan Ghana dalam kapasiti mereka sebagai negara pemerhati.

Item Type: Newspaper
Keywords: Propaganda minyak sawit, Platform siber, Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC), Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), Kerjasama serantau
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Marketing
By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 28 Feb 2022 04:26
Last Modified: 28 Feb 2022 04:26
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item