DPMM Kelantan tawar pinjaman sifar riba

DPMM Kelantan tawar pinjaman sifar riba. [Newspaper] (2021)



Abstract

KOTA BHARU: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kelantan menawarkan pembiayaan sifar riba kepada usahawan mikro melibatkan golongan asnaf, belia, ibu tunggal dan B40 yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Pembiayaan tanpa faedah itu diperkenalkan DPMM Kelantan dengan kerjasama Noble Management and Consultancy, selaku rakan pelaksana bagi MikroKredit Bangkit Bank Islam Malaysia Berhad, bermula tahun ini. Yang Dipertua DPMM Kelantan, Wan Zulkifli Wan Abdullah memberitahu Utusan Malaysia, pembiayaan itu bakal memberi manfaat kepada lebih 2,500 ahli yang pernah berdaftar dan usahawan lain sebagai langkah membantu mereka menjana pendapatan lebih baik. Menurutnya, program pembiayaan tersebut juga diharapkan membantu usahawan supaya tidak terjebak dengan pinjaman wang tidak berlesen atau ah long.

Item Type: Newspaper
Keywords: Usahawan mikro, Mikro kredit, Pinjaman sifar riba, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 14 Dec 2021 04:07
Last Modified: 14 Dec 2021 04:07
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item