Kempen KPDNHEP bantu usahawan teroka pasaran global

Kempen KPDNHEP bantu usahawan teroka pasaran global. [Newspaper] (2021)



Abstract

MARANG: Sokongan dan bantuan daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan yang diterima ternyata memberi peluang kepada pengusaha keropok keping jenama Tok Yam, Hawa Abd Rahman, untuk mengembangkan perniagaan dan meluaskan pasarannya. Hawa, 60, berkata beliau bertuah kerana berkat sokongan dan bantuan itu, produknya mampu berada di 'awan biru' setelah berjaya berada dalam senarai makanan yang dijual syarikat penerbangan antarabangsa selain mampu menembusi pasaran luar negara seperti Brunei, Singapura, Jepun dan China. "Antara yang paling banyak membantu ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kerana sentiasa menyediakan ruang dan peluang untuk kami mempromosikan produk di seluruh Malaysia. "Bermula pada 2018, KPDNHEP membawa usahawan menjelajah ke pusat beli-belah terkenal di seluruh negara seperti The Curve dan Subang Parade di ibu negara, melalui Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dan Program Citarasa Malaysia yang menjadi titik tolak untuk produk kami menembusi pasar raya besar," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Usahawan mikro, Pengusaha keropok keping, Makanan tradisional, Global market, Bimbingan agensi
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Marketing
By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
By Subject > Entrepreneurship > Success Story
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 14 Dec 2021 04:17
Last Modified: 14 Dec 2021 04:17
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item