KPT hasilkan 50,000 usahawan sepanjang 2020

KPT hasilkan 50,000 usahawan sepanjang 2020. [Newspaper] (2021)



Abstract

Kuala Lumpur: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menghasilkan hampir 50,000 usahawan dalam kalangan pelajar sepanjang tahun lalu dan daripada jumlah itu, lebih 7,000 graduan masih meneruskan kerjaya sebagai usahawan selepas menamatkan pengajian. Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, usaha kementerian melonjakkan agenda keusahawanan dalam kalangan graduan bukanlah sesuatu yang baharu. Menurut Noraini, di bawah lonjakan satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025, Institut Pengajian Tinggi (IPT) diberikan tanggungjawab untuk menyedia dan melengkapkan negara dengan graduan berkualiti, berkemahiran tinggi, berdaya saing, mempunyai nilai keusahawanan tinggi seterusnya berupaya menjadi usahawan berjaya setelah menamatkan pengajian kelak. "Dalam memastikan hasrat tersebut tercapai, Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025 dan Garis Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu telah dilancarkan Februari lepas, sebagai sumber rujukan utama IPT," katanya ketika berucap merasmikan majlis penutup pertandingan simulasi perniagaan IPT Awam peringkat kebangsaan 2021 di sini hari ini. Noraini berkata, ketika pekerjaan konvensional secara makan gaji terkesan akibat Covid-19, bidang keusahawanan terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dikenal pasti sebagai antara penyelesaian signifikan bagi membantu rakyat menjana pendapatan, di samping mewujudkan peluang pekerjaan baharu.

Item Type: Newspaper
Keywords: Usahawan pelajar, Siswapreneur, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Nilai Keusahawanan
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 14 Dec 2021 04:25
Last Modified: 14 Dec 2021 04:25
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item