Usahawan kraf di Malaysia: analisa laluan terhadap perhubungan inovasi produk, komitmen perniagaan dan perkembangan perniagaan

Usahawan kraf di Malaysia: analisa laluan terhadap perhubungan inovasi produk, komitmen perniagaan dan perkembangan perniagaan. The Malaysian National Economic Conference (PERKEM), V1 (2). pp. 208-217. ISSN 2231-962X (2011)



Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengukur aras perhubungan diantara inovasi produk (angkubah bebas), komtment perniagaan (angkubah perantara) dan perkembangan perniagaan (angkubah bersandar) melalui analisa regresi pelbagai dan model laluan. Kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah
tinjauan di lima buah walayah di seluruh Malaysia. Soalselidik kajian ini telah diajukan kepada 380 responden yang mewakili 1,347 orang usahawan kraf yang beroperasi dibawah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia). Secara keseluruhan hasil keputusan ini telah menunjukkan bahawa faktor-faktor dibawah inovasi produk mempunyai perhubungan yang signifikan dengan komitmen perniagaan (R²=.434); manakala, komitmen perniagaan juga menunjukan dapatan yang signifikan terhadap perhubungan dengan perkembangan perniagaan (R²=.324). Dapatan menjadi lebih menarik apabila kesemua faktor dibawah inovasi produk tidak menunjukan perhubungan yang signifikan terhadap perkembangan perniagaan. Justeru itu, komitmen perniagaan memainkan peranan yang penting kepada usahawan kraf sebagai angkubah perantara diantara keempat-empat angkubah bebas (inovasi produk) dengan angkubah bersandar (perkembangan perniagaan). Implikasi utama kajian ini mendedahkan bahawa komitment perniagaan memainkan peranan yang penting kepada usahawan kraf dibawah Kraftangan Malaysia untuk membina pengetahuan usahawan kraf terhadap kepentingan inovasi produk dan hubungannya dengan perkembangan perniagaan

Item Type: Article
Keywords: Keusahawanan, Usahawan Kraf, Inovasi Produk
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Muslim Ismail @ Ahmad
Date Deposited: 03 Sep 2020 23:41
Last Modified: 03 Sep 2020 23:41
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item