Eizlan sedia rebut tempat ke Sukan Sea

Eizlan sedia rebut tempat ke Sukan Sea. [Newspaper] (2021)



Abstract

Kuala Lumpur: Atlet lompat tinggi kelahiran Sabah, Mohamad Eizlan Dahalan mengakui dia perlu melipat gandakan usaha dalam misi merealisasikan impian layak beraksi buat kali pertama di Sukan Sea Vietnam tahun depan. Menurutnya Eizlan, yang mengungguli saingan Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan, Ahad lalu termasuklah mengatasi jaguh negara, Lee Hup Wei, fokusnya ketika ini adalah cuba melepasi had kelayakan 2.15 meter (m) yang ditetapkan untuk layak ke temasya dwi tahunan itu. "Saya akan cuba memanfaatkan aksi di Grand Prix Kebangsaan yang dijadual berlangsung, April tahun depan untuk memburu tiket ke temasya berkenaan," kata atlet berusia 22 tahun itu. Dia sudah cuba untuk melakukan lompatan 2.15m ketika kejohanan tertutup itu tetapi gagal melepasinya. "Saya tidak akan berputus dan bekerja keras bagi mencapai cita-cita saya. Saya percaya, kalau ada rezeki dan saya kekal fokus dalam latihan, saya boleh melakukannya," katanya yang muncul juara kejohanan tertutup itu selepas melakukan lompatan 2.14m.

Item Type: Newspaper
Keywords: Sukan SEA, Lompat tinggi
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 28 Feb 2022 23:31
Last Modified: 28 Feb 2022 23:31
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item