Norza tak setuju penetapan baharu MSN

Norza tak setuju penetapan baharu MSN. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria tidak bersetuju dengan penetapan baharu Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung kedudukan atlet dalam program latihan sepenuh masa bermula tahun depan. Beliau berkata pihak terbabit perlu melihat kepada semua aspek secara holistik di samping memulakan proses pembinaan semula sukan negara yang terjejas pascapandemik COVID-19 sebelum melaksanakan penetapan baharu itu. "Ia perlu dikaji semula dan kajian itu mesti memberi peluang kepada semua atlet yang ada untuk kembali semula dan bertanding selepas krisis pandemik ini berlalu," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan MSN baru-baru ini yang menetapkan pencapaian di peringkat kejohanan tertinggi sejak 2019 sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) untuk membolehkan atlet kekal dalam program latihan kendalian MSN bermula 2022.

Item Type: Newspaper
Keywords: Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Sukan Negara, Latihan
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 28 Feb 2022 23:33
Last Modified: 28 Feb 2022 23:33
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item