KOM jangka putuskan senarai atlet ke Vietnam Mac ini

KOM jangka putuskan senarai atlet ke Vietnam Mac ini. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dijangka memuktamadkan senarai akhir barisan atlet ke Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, pada awal Mac ini. Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Mohd Manshahar Abdul Jalil berkata mereka akan menghantar senarai nama berkenaan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada tempoh tersebut dan badan induk sukan tanah air itu akan menyerahkannya kepada penganjur Sukan SEA sebelum tarikh tutup iaitu 12 Mac . Setakat ini, beliau berkata pihaknya masih belum boleh mengesahkan slot secara rasmi buat mana-mana atlet yang akan menggalas cabaran negara di Vietnam, selepas berakhir Kejohanan Olahraga Kebangsaan pada 18 dan 19 Disember lalu yang juga platform pemilihan atlet ke temasya dwitahunan itu. Namun, Mohd Manshahar berkata terdapat beberapa atlet yang memenangi acara masing-masing di kejohanan kebangsaan baru-baru ini, berpotensi layak susulan pencapaian dianggap sudah melepasi had kelayakan Sukan SEA.

Item Type: Newspaper
Keywords: Sukan SEA, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Temasya sukan
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 28 Feb 2022 23:34
Last Modified: 28 Feb 2022 23:34
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item