Usia bukan penghalang kepada Siti Fatimah

Usia bukan penghalang kepada Siti Fatimah. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Atlet pecut wanita negara, Siti Fatimah Mohamad menegaskan usia bukan penghalang untuk dia mengejar cita-cita beraksi di temasya Sukan SEA, Komanwel dan Asia pada tahun depan. Dia yang kini berusia 35 tahun membuktikan dirinya antara calon berpotensi membawa cabaran negara di tiga temasya berkenaan selepas mengungguli saingan 100 meter (m) dan 200m pada Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan di Bukit Jalil, hujung minggu lalu. "Saya memang mahukan satu pencapaian yang lebih tinggi dalam kerjaya saya. Saya letak sasaran untuk beraksi di Sukan SEA, Komanwel dan Asia. "Sebenarnya faktor usia tidak menggangu pun, ia tentang bagaimana anda menguruskan diri anda, pemakanan, proses pemulihan, latihan dan mental. Sebab itu, saya memang bersungguh-sungguh dan kekal fokus bagi mencapai cita-cita saya," katanya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Sukan SEA, 100m, Olahraga
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Health & Fitness
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 28 Feb 2022 23:36
Last Modified: 28 Feb 2022 23:36
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item