Aniq, Aznil dijangka tak disenaraikan di Sukan SEA

Aniq, Aznil dijangka tak disenaraikan di Sukan SEA. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Dua atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin yang sudah layak ke Sukan Komanwel 2022 kemungkinan besar tidak akan disenaraikan bagi menyertai Sukan SEA Vietnam 2021 pada Mei tahun depan. Jurulatih negara, Naharudin Mahayudin, berkata ia adalah bagi membolehkan mereka memberikan tumpuan sepenuhnya kepada persiapan memburu pingat emas Sukan Komanwel di Birmingham bermula 28 Julai hingga 8 Ogos tahun depan. Katanya, cabaran negara di Vietnam kemungkinan besar akan digalas barisan atlet negara yang lain. "Kita perlu lakukan perancangan dan percaturan yang tepat. Sekarang ini kita perlu fokus terhadap apa yang kita sasarkan. Kalau kita sasarkan emas di Sukan Komanwel, kita perlu fokus sepenuhnya untuk memenanginya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Angkat berat, Sukan SEA, Sukan Komanwel
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 28 Feb 2022 23:38
Last Modified: 28 Feb 2022 23:38
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item