Syarat ketat program latihan sepenuh masa

Syarat ketat program latihan sepenuh masa. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) menetapkan pencapaian di peringkat tertinggi sebagai petunjuk prestasi utama untuk atlet kekal dalam program latihan sepenuh masa bermula tahun depan. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, syarat ketat itu perlu diambil susulan tiadanya peruntukan khusus untuk meneruskan Program Podium yang berakhir sebaik tamatnya Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020. "Kita hanya akan mengekalkan atlet yang benar-benar layak bagi program latihan sepenuh masa untuk tempoh persiapan menghadapi tiga temasya utama iaitu Sukan SEA, Sukan Komanwel dan Sukan Asia/Para Asia tahun hadapan. "Langkah ini perlu untuk memastikan atlet berkualiti terus mendapat sokongan dan perkhidmatan terbaik bagi menjamin kejayaan di peringkat tertinggi secara konsisten," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN, hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Majlis Sukan Negara (MSN), Program Podium, Kementerian Belia dan Sukan
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 28 Feb 2022 23:39
Last Modified: 28 Feb 2022 23:39
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item