Pingat emas terjejas jika atlet boling padang digugur. [Newspaper] (2021)
Abstract
KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM), Datuk Awalan Abdul Aziz mengakui jika ada atlet badan induk itu terpaksa digugurkan daripada program latihan berprestasi tinggi, ia akan menjejaskan perancangan pasukan untuk mempertahankan pingat terutama di Sukan SEA. Beliau berkata kontinjen negara perlu bersedia kemungkinan gagal mempertahankan kilauan pingat yang sebelum ini dimenangi Malaysia apabila atlet berpotensi digugurkan daripada menyertai program berprestasi tinggi itu. Katanya, PLBM ketika ini masih menunggu keputusan dan penjelasan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung perkara berkenaan. "Saya mahu dengar penjelasan daripada MSN kerana seperti sedia maklum, boling padang adalah lubuk pingat kepada negara. Sukan ini juga ada potensi sebab itu kita dalam Program Podium.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM), Majlis Sukan Negara (MSN), Program Podium |
Taxonomy: | By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science |
Local Content Hub: | Subjects > Sports Science & Recreation |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 28 Feb 2022 23:40 |
Last Modified: | 28 Feb 2022 23:40 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |