Anak Malaysia menang emas di Tokyo

Anak Malaysia menang emas di Tokyo. [Newspaper] (2021)



Abstract

Machang: Minat yang mendalam terhadap lukisan tidak sia-sia apabila Nasrin Nadhirah Suhaidi, 17, dianugerahkan pingat emas dan sijil merit bagi karya 'Antara Kimono dan Kebaya' di 22nd International High School Arts Festival 2021 (IFAC- Japan) yang berlangsung di The International Arts Centre, Tokyo, Jepun Ogos lalu. Kejayaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamzah 2 berkenaan turut membanggakan sekolahnya apabila mencipta sejarah selepas dinobatkan sebagai juara dunia dalam pertandingan lukisan yang mengetengahkan tema Budaya Jepun dan Malaysia yang disertai 64 negara. Menurut Nasrin Nadhirah, bakatnya dalam seni lukisan mula terserlah sejak berada di bangku sekolah rendah ketika berusia sembilan tahun dan dalam masa sama sering kali mengikut ayahnya, Suhaidi Razi, 43, yang pada waktu itu membuka galeri lukisan di Bandar Hilir Melaka. "Ketika berada di bangku sekolah rendah, saya pernah menyertai pertandingan lukisan hanya di peringkat sekolah sahaja bagi mengasah bakat yang terpendam, namun ketika berada di Tingkatan Dua, bakat saya dalam lukisan mula disedari oleh guru yang mengajar pendidikan seni.

Item Type: Newspaper
Keywords: International High School Arts Festival 2021 (IFAC- Japan, Pertandingan lukisan, Galeri
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Fine Art
By Subject > Art & Design > Fundamental Art
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 28 Feb 2022 23:41
Last Modified: 28 Feb 2022 23:41
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item