Pelopor seni fotografi

Pelopor seni fotografi. [Newspaper] (2019)



Abstract

INSIDEN bertekak dengan pendaftar Maktab Mara (kini Universiti Teknologi Mara atau UiTM) kerana sewenang-wenang menukar kursus pengajiannya daripada bidang Kesetiausahaan ke Seni Lukis antara pengalaman masih dikenang Profesor Datuk Raja Zahabuddin Raja Yaacob sehingga kini biarpun ia sudah lebih 50 tahun berlalu. Ini kerana, bertitik tolak daripada insiden itu, secara tidak langsung mengubah hala tuju beliau yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak menjadi insan seni yang mempunyai bakat sangat hebat dengan catatan perjalanan yang mengagumkan. Bakatnya dalam seni anugerah dikurniakan Tuhan dan sudah melukis sejak kanak-kanak lagi. Raja Zahabuddin, 71, ketika kecilnya menjadikan dinding rumah datuknya sebagai kanvas untuk berkarya. Beliau yang dibesarkan datuk dan nenek berikutan ibu bapanya menetap di Terengganu, asyik melukis di dinding sebaik pulang dari sekolah. Menyedari minat Raja Zahabuddin dalam seni lukis, datuknya membuat sendiri papan untuk melukis supaya beliau tidak lagi melukis pada dinding. Selain itu, dia juga dibelikan peralatan lukisan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Seni fotografi, Seni Lukis, Kanvas
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Fine Art
By Subject > Art & Design > Fundamental Art
By Subject > Art & Design > Photographic
By Subject > Art & Design > Creative Photomedia
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 28 Feb 2022 23:42
Last Modified: 28 Feb 2022 23:42
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item