Bahaya tapi puas

Bahaya tapi puas. [Newspaper] (2020)



Abstract

Menunggu selama lima hari di dalam hutan, berdepan dengan haiwan liar dan berbisa sertabpaling di luar jangka pastinya melalui pengalaman diganggu makhluk halus antara perkara yang biasa dilalui pesara guru ini. Semuanya demi membidik gambar burung yang mendiami sesuatu lokasi dan ingin didokumentasikan bagi memberikan pendidikan kepada masyarakat mengenai spesies yang ditemuinya. Bagi Zulkifli Din, 62, yang mula bergiat aktif untuk membidik gambar berkonsepkan burung liar sejak 2017 sememangnya memberi kepuasan tersendiri kepadanya yang berkecimpung dalam dunia fotografi bermula 1971. Lebih mesra disapa Cikgu Zul tidak dinafikan fotografi membabitkan dunia unggas memerlukan peminatnya bukan sahaja bijak dari segi teknikal malah mempunyai pengetahuan mengenai habitat haiwan berkenaan. "Sebenarnya saya adalah guru dalam bidang pendidikan seni dan dunia fotografi ini sudah sebati dengan jiwa kerana sejak sekolah lagi sekitar 1971 saya mula minat 'bermain' dengan seni kreatif yang dihasilkan bidikkan lensa kamera.

Item Type: Newspaper
Keywords: Potret, Seni kreatif, Lensa kamera
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Digital Image Manipulation
By Subject > Art & Design > Fine Art
By Subject > Art & Design > Photographic
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 28 Feb 2022 23:43
Last Modified: 28 Feb 2022 23:43
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item