MARA beri tumpuan tingkatkan industri fesyen tempatan

MARA beri tumpuan tingkatkan industri fesyen tempatan. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) meneruskan komitmen membantu usahawan fesyen Bumiputera dengan fokus dalam meningkatkan nilai keusahawanan dengan menggabungkan usaha pemasaran jenama melalui e-dagang dan media sosial serta transaksi di kedai. Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Datuk Zulfikri Osman, berkata dengan latihan dan bimbingan berterusan daripada MARA, pereka akan dapat bertahan dalam industri fesyen secara keseluruhan ketika era pandemik sebelum beralih kepada endemik. Katanya, pembangunan industri fesyen oleh MARA membabitkan tiga rangkaian ekosistem iaitu reka bentuk fesyen, pakar tekstil pakaian dan hab fesyen. "Dengan usaha berterusan dari MARA dalam membantu pereka tempatan kita melalui MARA in Fashion (MiF), ini pasti akan membantu negara kita menghasilkan label fesyen antarabangsa," katanya ketika ditemui BH baru-baru ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Fesyen, Pakar tekstil, Haute couture
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Decorative Arts
By Subject > Art & Design > Fine Art
By Subject > Art & Design > Textile Designs
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 28 Feb 2022 23:46
Last Modified: 28 Feb 2022 23:46
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item