Dimensi seni fesyen gabungan alam, arca seni

Dimensi seni fesyen gabungan alam, arca seni. [Newspaper] (2021)



Abstract

KEINDAHAN alam sekitar, arca, monumen, seni bina, lokasi pelancongan dan kesenian menjadi subjek terpenting bagi Danial Arif Shah Budin dalam menghasilkan koleksi rekaan fesyennya. Hasil gabungan idea tersebut, dia mengolahnya dengan penuh cermat dan halus bagi menterjemahkan sesuatu cerita yang mana setiap mata mempunyai pemahaman berbeza tatkala menatap koleksi-koleksinya. Lebih unik, setiap corak yang dihasilkan itu mempunyai penceritaan berbeza bergantung kepada imaginasi dan sudut pandang masing-masing. Danial Arif sengaja membiarkan si pemakai bebas mentafsir corak rekaan tersebut dan sekali gus, meraikan perbezaan pendapat. Berbeza dengan pereka-pereka lain, pensyarah fesyen itu tidak terlalu fokus kepada siluet, sebaliknya lebih memberi perhatian kepada cetakan keseluruhan sesuatu busana. Dia juga menggemari rekaan ringkas, potongan minimalis, selesa dipakai dan setiap corak itu menceritakan kisah tertentu bergantung sudut pandang setiap individu.

Item Type: Newspaper
Keywords: Arca, Monumen, Cetakan, Fesyen
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Decorative Arts
By Subject > Art & Design > Textile Designs
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 28 Feb 2022 23:47
Last Modified: 28 Feb 2022 23:47
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item