Kesan persepsi risiko dan motivasi melancong terhadap gelagat pelancong tempatan semasa pandemik Covid-19

Kesan persepsi risiko dan motivasi melancong terhadap gelagat pelancong tempatan semasa pandemik Covid-19. Jurnal Ekonomi Malaysia, 55 (3). pp. 137-148. ISSN 2716-6058 (2021)



Abstract

Kajian ini mengkaji kesan persepsi tentang risiko dan motivasi melancong terhadap niat untuk melancong di dalam
negara semasa pandemik COVID-19. Dengan menggunakan Teori Gelagat Terancang (TPB) lanjutan, kajian ini memberi fokus kepada gelagat pelancong tempatan berdasarkan maklum balas daripada 407 responden di Malaysia. Data telah dikumpulkan melalui soal selidik yang dijalankan dalam talian yang terdiri daripada enam konstruk utama. Data ini telah dianalisis dengan menggunakan teknik analisis faktor konfirmatori dan analisis jalur. Penemuan kajian menunjukkan bahawa persepsi tentang risiko mempunyai hubungan tidak langsung dengan niat untuk melancong melalui perantara sikap terhadap tingkah laku. Konstruk utama TPB, iaitu sikap terhadap tingkah laku, norma subjektif dan kawalan tingkah laku pula menunjukkan hubungan positif yang ketara dengan niat untuk melancong. Manakala, motivasi pelancongan tidak memberi kesan kepada hubungan antara persepsi tentang risiko dan niat untuk melancong. Kajian ini memberi sumbangan dalam merangka pelan tindakan dan pembangunan langkah keselamatan
yang berkesan dalam sektor pelancongan.

Item Type: Article
Keywords: Pelancongan, Persepsi risiko, Teori gelagat terancang, Tourism, Motivasi melancong, Covid-19
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Hazrul Amir Tomyang (Puncak Alam)
Date Deposited: 04 Mar 2022 23:57
Last Modified: 07 Mar 2022 09:05
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item