My5G perkukuh keselamatan siber negara

My5G perkukuh keselamatan siber negara. [Newspaper] (2021)



Abstract

Cyberjaya: Malaysia akan menubuhkan Makmal Ujian Keselamatan Siber 5G (My5G) bagi memperkukuh keupayaan keselamatan siber negara sebagai persediaan melaksanakan rangkaian tekknologi 5G. Makmal yang bakal ditempatkan di premis CyberSecurity Malaysia (CSM), Menara Cyber ​​Axis di sini itu, dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang 2023. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata My5G akan menjadi makmal penilaian dan ujian keselamatan pakar bagi peranti 5G dan ekosistem yang menghasilkan metodologi ujian, alatan ujian, kit alatan dan perkhidmatan ujian yang memfokuskan pada ujian fungsi keselamatan dan ujian penembusan pada ekosistem 5G. "Makmal My5G juga dijangka menukarkan perkhidmatan khusus kepada perkhidmatan pembangunan yang cekap untuk membolehkan orang ramai melatih bakal penilai, penguji, pembangun dan pengguna tentang kepentingan keselamatan siber dalam ekosistem 5G, terutamanya mengenai keselamatan 5G," katanya sempena ucapan perasmian CSM-Awards, Conference and Exhibitions (CSM-ACE) 2021 di sini, hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Makmal Ujian Keselamatan Siber 5G (My5G), CyberSecurity Malaysia (CSM), Komunikasi dan Multimedia, Network infrastructure
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Information Technology
By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Technology and Networking
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 07 Mar 2022 23:49
Last Modified: 08 Mar 2022 07:12
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item