Ledakan teknologi AI. [Newspaper] (2021)
Abstract
MANUSIA dan robot diibaratkan akan menjadi rakan. Itu jangkaan yang berlaku pada masa hadapan, impak daripada kepesatan pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) di dunia termasuk Malaysia. Ini kerana penggunaan robot (mesin) menjadi lebih meluas dan manusia akan bergantung kepada robot. Robot berserta dengan AI ini berfungsi sebagai sistem yang melaksanakan tugasan tertentu secara serupa atau melangkaui kepintaran manusia. Tugas itu termasuk membantu membuat ramalan mengenai sesuatu perkara, memudahkan proses menyelesaikan masalah dan membantu membuat keputusan dengan tepat. Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Sawal Hamid Md Ali berkata, AI ialah antara elemen penting dalam revolusi industri keempat (IR4.0). Menurutnya, ramai penyelidik melakukan pelbagai kajian yang menjurus kepada pembangunan AI, sebelum ini, pada masa sekarang dan akan datang. "IR4.0 adalah kesinambungan IR3.0 yang menghubungkan elemen fizikal dengan sistem siber iaitu Internet (teknologi pintar moden).
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Teknologi kecerdasan buatan (AI), Internet kebendaan (IoT), Robot, Sistem siber, Revolusi industri keempat (IR4.0) |
Taxonomy: | By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Science By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Information Technology |
Local Content Hub: | Subjects > Computer and Mathematical Sciences |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 08 Mar 2022 23:26 |
Last Modified: | 09 Mar 2022 09:19 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |