Pembangunan digital solat ketika sakit: sorotan literatur sistematik di Malaysia. Al-Hikmah International Journal for Islamic Studies & Human Sciences, 4 (4). pp. 1-21. ISSN 2637-0581 (2021)
Abstract
Pembelajaran dan pengajaran solat memasuki dimensi baru apabila kepesatan pembangunan teknologi maklumat dimanfaatkan sepenuhnya. Kajian mengenai solat juga dilihat semakin luas apabila skop kajian mengenai perlaksanaan solat ketikasakit mendapat tempat dalam kalangan pengkaji tempatan yang berkolaborasi antara satu bi-dang dengan bidang yang lain. Kajian ini bertujuan untuk melihat objektif, reka bentuk dan kandungan aplikasi digital dalam kajian-kajian yang pernah dijalankan bagi me-nyesuaikan kajian pembangunan pendidikan kesihatan digital solat pesakit. Bagi men-capai objektif kajian ini, satu tinjauan literatur sitematik dijalankan. Sebanyak 422 artikel, tulisan dan kajian yang telah ditemui yang membincangkan mengenai perlaksanaanmodul solat. Saringan dan analisis dijalankan bagi melihat kriteria yang diperlukan dalam kajian pembentukan aplikasi digital solat pesakit yang dijalankan. Hasil tinjauan literatur sistematik mendapati sebanyak enam kajian secara khusus pernah dijalankandalam mem-bangunkan aplikasi digital solat dalam keadaan sakit melalui modul solat yang direka bersesuaian dengan situasi sasaran objektif kajian masing-masing.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Aplikasi digital solat, Pembangunan digital, Solat pesakit, Modul solat, Sistematik |
Taxonomy: | By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Science By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Information Technology |
Local Content Hub: | Subjects > Computer and Mathematical Sciences |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 08 Mar 2022 23:39 |
Last Modified: | 09 Mar 2022 08:44 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |