Banjir: tempahan hotel Pulau Pinang menurun

Banjir: tempahan hotel Pulau Pinang menurun. [Newspaper] (2022)



Abstract

GEORGETOWN: Keterujaan pengusaha hotel dan inap desa di Pulau Pinang yang menerima kunjungan luar biasa pelancong bulan lalu khususnya ketika bermula sambutan perayaan Krismas hingga cuti tahun baharu mungkin tidak berpanjangan.
Ini kerana Utusan Malaysia difahamkan, jumlah tempahan hotel dan inap desa di sekitar Pulau Pinang untuk sepanjang bulan ini kembali menurun sehingga 40 peratus berbanding tempahan diterima bulan lalu. Mengulas lanjut, Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Pulau Pinang, K. Raj Kumar berkata, trend tempahan menurun itu dijangka berlarutan sehingga Februari depan ekoran beberapa faktor antaranya bencana alam di Lembah Klang dan sesi persekolahan yang akan kembali dibuka 10 Januari depan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Industri pelancongan, Inap desa, Homestay, Accommodation, Hospitality and tourism economics
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Common Areas
By Subject > Hotel & Tourism Management > Hotel Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 09 Mar 2022 23:34
Last Modified: 10 Mar 2022 09:09
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item