Momentun pemulihan. [Newspaper] (2021)
Abstract
Pemulihan ekonomi negara berada di posisi yang baik pada 2022 berdasarkan kepada situasi ekonomi semasa terutama apabila kegiatan ekonomi dibenarkan semula dengan kebenaran merentas negeri sejak 11 Oktober lalu. Penganalisis Ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid (gambar) berkata, laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengenai kadar pengangguran terus menurun iaitu daripada 4.5 peratus pada September, kini mencapai 3.4 peratus pada Oktober 2021. Katanya, berdasarkan laporan itu, ia menunjukkan ekonomi negara berada di atas landasan yang baik dan diharapkan momentum ini berterusan apabila sektor ekonomi terus dibuka, misalnya sektor pelancongan dijangka akan menerima pelancong asing pada Januari 2022. "Sektor pelancongan pernah menyumbangkan 15 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2019 dijangka akan bertambah positif pada 2022 dengan kedatangan pelancong asing yang 45 peratus dari jumlah keseluruhan pelancong setiap tahun. "Ini memberikan pengaruh yang baik kepada rantaian nilai dalam industri ini iaitu perhotelan, pengangkutan, restoran, runcit dan sebagainya yang pastinya melegakan perniagaan mikro kecil dan sederhana yang menjadi antara pemain utama industri ini.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Industri pelancongan, Perhotelan, Hospitality and tourism economics |
Taxonomy: | By Subject > Hotel & Tourism Management > Common Areas By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management |
Local Content Hub: | Subjects > Hotel & Tourism Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 09 Mar 2022 23:35 |
Last Modified: | 10 Mar 2022 09:05 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |