30,000 ujian calitan percuma bendung penularan Covid-19 pintu sempadan negara. [Newspaper] (2022)
Abstract
PETALING JAYA: Tiga pihak baru-baru ini bergabung tenaga bagi memberikan 30,000 ujian kit Ujian Pantas Tindak Balas Berangkai Polimerase (RT-PCR) secara percuma bagi memastikan kelancaran pengurusan kemasukan pelancong di pintu sempadan negara. Tiga pihak berkenaan, iaitu Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Asia Coding Centre dan Dataprep Asia menjalin kerjasama tersebut bagi membantu kerajaan membendung pandemik Covid-19 khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) . Ketua Pegawai MiTDA, Kapten Mahadzir Mansor berkata, jalinan kerjasama tersebut amat tepat pada masanya bagi memastikan proses kemasukan pelancong luar negara dan pelancong tempatan yang ingin pulang ke dalam negara berjalan lancar dan sempurna. “Pemberian 30,000 ujian RT-PCR secara percuma ini juga sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan daripada kos untuk menjalani ujian saringan ketika pulang dari luar negara.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Industri pelancongan, Sempadan negara, Ujian kit pantas, RT-PCR, Pelancong luar negara, Community service |
Taxonomy: | By Subject > Hotel & Tourism Management > Common Areas By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management |
Local Content Hub: | Subjects > Hotel & Tourism Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 09 Mar 2022 23:36 |
Last Modified: | 10 Mar 2022 08:54 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |