Kesedaran islamik dalam pengkaryaan visual 3-dimensi. KUPAS SENI Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 6. pp. 47-59. ISSN 2289-4640 (2018)
Abstract
Seni tampak berperanan besar dalam kehidupan manusia. Cakupan kepentingan seni tampak kepada manusia, merangkumi keperluan asasi sehingga kepada keperluan sampingan yang melibatkan objek-objek estetik 2-dimensi dan 3-dimensi. Memenuhi kedua-dua aspek ini tentunya melibatkan persoalan-persoalan tentang keterbatasan seni dalam konteks kebudayaan dan agama. Budaya adalah ikutan tradisi sementara Islām adalah agama. Individu Muslim dituntut memahami batas-batas sempadan dan larangan yang berhubungkait dengan seni dan penghasilannya. Kesedaran terhadap objek-objek seni terutama yang bersifat 3-dimensi dalam landasan Islām wajib difahami. Aspek-aspek kontekstual dengan kesedaran Islāmi yang melibatkan idea, proses dan bentuk penting sebagai panduan kepada seniman, penghayat dan kolektor Muslim dalam menghasil atau menikmati keindahan seni. Makalah ini adalah usaha kecil dalam menyebarkan pengetahuan tentang kesedaran Islām dalam pengkaryaan visual, khususnya 3-dimensi. Ia diusahakan melalui penelitian diskriptif bersumberkan Al-Qur’ân & Al-Hadith, dan dihuraikan Bersama tiga sampel imej visual arca moden sezaman.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Visual art, Islamic art |
Taxonomy: | By Subject > Art & Design > Graphic Communication |
Local Content Hub: | Subjects > Art & Design |
Depositing User: | Muslim Ismail @ Ahmad |
Date Deposited: | 11 Aug 2020 08:02 |
Last Modified: | 11 Aug 2020 08:02 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |