Sumber Perundangan Pembangunan Tanah Pertanian Menurut Perspektif Islam: Dasar Pertanian Negara (DPN)

Sumber Perundangan Pembangunan Tanah Pertanian Menurut Perspektif Islam: Dasar Pertanian Negara (DPN). Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 19: 281. pp. 35-52. ISSN 22896325 (2018)



Abstract

Dasar Pertanian Negara (DPN) 1 1984-1991, DPN 2 1992-1997, DPN 3 1998-2010, merupakan satu transformasi kerajaan dalam meningkatkan pembangunan ekonomi negara, membangunkan sektor pertanian dan meningkatkan kualiti makanan negara.Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sumber perundangan pertanian mengikut perspektif Islam. Metodologi kajian ini menggunakan reka bentuk kajian analisis data-data yang dikumpulkan melalui pendekatan deskriptif dengan gabungan pendekatan kualitatif serta menganalisis teks termasuk menganalisis dokumen-dokumen seperti laporan-laporan rasmi, surat pekeliling, laporan tahunan, laporan jabatan, rancangan kewangan, laporan agensi, dan transkrip. Hasil kajian mendapati bahawa sumber perundangan pertanian Islam ialah menghapuskan dharar, mengetengahkan konsep al-falah wa al-khusran, mewujudkan konsep al-khalifah, mengelakkan segala bentuk al-israf iaitu pembaziran, menekankan konsep awlawiyyah dalam meningkatkan kualiti makanan dan pendapatan negara, menekankan produk pemakanan yang halal dan bersih.

Item Type: Article
Keywords: Islamic Jurisprudence, Agribusiness
Taxonomy: By Subject > Plantation & Agrotechnology > Plantation and Agribusiness Management
Local Content Hub: Subjects > Plantation & Agrotechnology
Depositing User: Bahroni Moojee
Date Deposited: 04 Jun 2020 08:37
Last Modified: 04 Jun 2020 08:37
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item