Sasar RM800 juta hasil sektor pelancongan kesihatan tahun depan

Sasar RM800 juta hasil sektor pelancongan kesihatan tahun depan. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan pendapatan langsung sebanyak RM800 juta pada tahun depan dan RM1.7 bilion pada 2025 bagi sektor pelancongan kesihatan menerusi inisiatif yang digariskan di bawah Rangka Tindakan Industri Pelancongan Penjagaan Kesihatan 2021-2025. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata rangka tindakan itu adalah perancangan lima tahun yang antara lain menyasarkan untuk mempertingkat ekosistem pelancongan penjagaan kesihatan, selain usaha memulih dan membangunkan semula industri berkenaan. Bagi tempoh 2020 hingga kini, sektor pelancongan kesihatan mencatatkan kerugian ketara akibat pandemik COVID-19 disebabkan penutupan pintu sempadan antarabangsa dengan anggaran penurunan pendapatan langsung sebanyak RM2.2 bilion," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) mengenai jumlah kerugian ditanggung sektor pelancongan kesihatan sepanjang tempoh pandemik melanda negara dan usaha Kementerian Kesihatan (KKM) bagi merancakkan semula sektor pelancongan kesihatan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pelancongan kesihatan, Ekosistem pelancongan, Inisiatif kerajaan
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 09 Mar 2022 23:39
Last Modified: 10 Mar 2022 08:33
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item