Ubah pendekatan pelancongan demi kelestarian, keselamatan. [Newspaper] (2021)
Abstract
Saya berkunjung ke Langkawi sejak 1975 untuk menjalankan kajian mengenai sejarah geologi Malaysia dan sejak 1995 pula, kunjungan adalah menjurus kepada potensi pembangunan sumber geologi untuk pembangunan pelancongan. Dapatan ini diterjemahkan kepada produk pelancongan baharu bagi membezakan Langkawi dengan pulau pelancongan tropika lain. Pada 2007, Langkawi diisytiharkan sebagai Global Geopark pertama di negara ini dan Asia Tenggara berasaskan keistimewaan landskap geologi bernilai saintifik serta estetik unggul. Tiga kawasan pelancongan utama, iaitu Puncak Machinchang, Kars Kilim dan Tasik Dayang Bunting kini menjadi daya tarikan utama kepulauan Langkawi ini. Pada awal Disember lalu, ilmuwan yang membangun geopark berkunjung ke Langkawi untuk menganjurkan Forum Kelestarian Komuniti Geopark, iaitu forum untuk mendengar suara hati orang Langkawi mengenai kemajuan dicapai sejak menjadi geopark.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Sumber geologi, Global geopark, Industri pelancongan, Pelancongan tropika, Pelancongan domestik |
Taxonomy: | By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management |
Local Content Hub: | Subjects > Hotel & Tourism Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 09 Mar 2022 23:40 |
Last Modified: | 10 Mar 2022 04:31 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |