Shopee Malaysia catat peningkatan 70% tempahan

Shopee Malaysia catat peningkatan 70% tempahan. [Newspaper] (2022)



Abstract

SHOPEE Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 70 peratus bagi tempahan perjalanan bas dan penerbangan di platformnya dalam tempoh dua minggu pertama Januari 2022 berbanding tempoh sama pada Disember 2021. Ketua Kempen Pemasarannya, Kenneth Soh berkata, peningkatan sebanyak 10 kali ganda turut dicatatkan bagi perjalanan bagi musim Tahun Baharu Cina dari 24 Januari hingga 2 Februari 2022. Katanya, peningkatan ketara itu menunjukkan lebih ramai rakyat Malaysia kini berasa selesa dan optimis untuk melakukan perjalanan jauh. "Mereka didapati mengambil langkah berjaga-jaga yang sepatutnya untuk bertemu dengan keluarga dan orang tersayang, memandangkan terdapat peningkatan permintaan untuk pelitup muka dan Baucar ShopeePay bagi mendapatkan kit ujian Covid-19 di platform terbabit. "Ia amat menggalakkan untuk melihat pemulihan industri pelancongan di Shopee apabila orang ramai mula membuat perancangan untuk bercuti semula.

Item Type: Newspaper
Keywords: Electronic commerce, Baucar ShopeePay, Tempahan tiket online
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Finance
By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 10 Mar 2022 23:31
Last Modified: 14 Mar 2022 09:01
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item