FAM wajar lupakan Jaami Quresh

FAM wajar lupakan Jaami Quresh. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar berkata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu melupakan khidmat Jaami Qureshi selepas pemain remaja yang berpangkalan di England itu memilih untuk mewakili Iraq. Beliau menganggap tindakan badan induk itu tidak melayan 'permintaan istimewa' daripada bapa pemain berkenaan, Perviz Qureshi sebagai satu tindakan yang wajar demi mengelak muncul masalah berbangkit pada masa akan datang. Ia susulan FAM mendedahkan Perviz mahu Jaami diberi keistimewaan taraf kerakyatan tanpa perlu melalui proses penilaian teknikal daripada jurulatih skuad bawah 19 (B-19) tahun, Brad Maloney ketika itu. "Kita nampak FAM sudah berusaha. Itu tak wajar (permintaan Perviz), kalau kita nak panggil doktor sekali pun, walau dia sudah lulus sebagai doktor yang bagus, kita tetap kena buat temu duga dan melakukan penilaian.

Item Type: Newspaper
Keywords: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Penilaian teknikal, Khidmat pemain, Skuad bawah 19 (B-19), Performance testing
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 10 Mar 2022 23:36
Last Modified: 14 Mar 2022 08:19
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item