Guruh berdentum, harimau kumbang dah bangun. [Newspaper] (2022)
Abstract
KERANCAKAN saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw 2021/2022 yang memasuki minggu kedua menyaksikan pelbagai kejutan tercipta. Antara yang mencuri perhatian saya ialah perlawanan yang berlangsung pada 14 Januari lalu, menemukan Kuala Lumpur (KL) Thunder dan Penang Black Panthers. Atas kertas, perlawanan tersebut akan berpihak kepada pasukan Lembah Klang yang dibarisi pemain handalan tetapi sebaliknya yang berlaku apabila juara berganda edisi lepas itu dikejutkan oleh barisan pemain muda pasukan dari Pulau Mutiara. KL Thunder yang dibarisi pemain kebangsaan Syahir Rosdi (tekong), Azlan Alias (apit kanan) dan Amirul Zazwan (apit kiri) kelihatan hilang rentak permainan, terutama Syahir yang seolah-olah bermain dalam keadaan tertekan. Jika ini adalah persembahan yang dipamerkan, timbul tanda tanya tentang bagaimana untuk menghadapi cabaran di Sukan Sea dan Sukan Asia yang bakal berlangsung tahun ini.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Emas Anuar Liga Sepak Takraw 2021/2022, Kuala Lumpur (KL) Thunder, Penang Black Panthers., Sepak takraw, Competition, Team cohesion |
Taxonomy: | By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science |
Local Content Hub: | Subjects > Sports Science & Recreation |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 10 Mar 2022 23:38 |
Last Modified: | 14 Mar 2022 08:05 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |