Guruh berdentum, harimau kumbang dah bangun

Guruh berdentum, harimau kumbang dah bangun. [Newspaper] (2022)



Abstract

KERANCAKAN saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw 2021/2022 yang memasuki ming­gu kedua menyaksikan pelbagai kejutan tercipta. Antara yang mencuri perhatian saya ialah perlawanan yang berlangsung pada 14 Januari lalu, menemukan Kuala Lumpur (KL) Thunder dan Penang Black Panthers. Atas kertas, perlawanan tersebut akan berpihak kepada pasukan Lembah Klang yang dibarisi pemain handalan tetapi sebaliknya yang berlaku apabila juara berganda edisi lepas itu dikejutkan oleh barisan pemain muda pasukan dari Pulau Mu­tiara. KL Thunder yang dibarisi pemain kebangsaan Syahir Rosdi (tekong), Azlan Alias (apit kanan) dan Amirul Zazwan (apit kiri) kelihatan hilang rentak permainan, terutama Syahir yang seolah-olah bermain dalam keadaan tertekan. Jika ini adalah persembahan yang dipamerkan, timbul tanda tanya tentang bagaimana untuk menghadapi cabaran di Sukan Sea dan Sukan Asia yang bakal berlangsung tahun ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Emas Anuar Liga Sepak Takraw 2021/2022, Kuala Lumpur (KL) Thunder, Penang Black Panthers., Sepak takraw, Competition, Team cohesion
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 10 Mar 2022 23:38
Last Modified: 14 Mar 2022 08:05
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item