Hasil empat lukisan satu masa

Hasil empat lukisan satu masa. [Newspaper] (2022)



Abstract

Kuala Lumpur: Guru Pendidikan Seni, Mohd Saiful Baharom Shah, 39, memiliki teknik dan kebolehan luar biasa dalam menghasilkan lukisan. Mana tidaknya, beliau mampu menghasilkan empat lukisan berbeza pada satu masa dengan menggunakan kedua tangan dan kakinya. Malah, teknik luar biasa dimiliki guru terbabit menarik perhatian ramai dan pengikutnya di media sosial sentiasa menantikan lukisan dihasilkannya. Terbaharu, Mohd Saiful memuat naik perkongsian video di akaun TikTok miliknya melukis potret penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza; Allahyarham Sudirman Arshad dan dua pemain bola sepak terkemuka Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perkongsian itu ternyata mengagumkan warganet sehingga ada antara mereka meminta guru berkenaan untuk melukis dengan cara bersilang pula.

Item Type: Newspaper
Keywords: Hasil seni, Teknik melukis, Potret
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Fine Art
By Subject > Art & Design > Fundamental Art
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 10 Mar 2022 23:39
Last Modified: 14 Mar 2022 07:55
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item