Potret dakwah seorang hafizah

Potret dakwah seorang hafizah. [Newspaper] (2022)



Abstract

Kuala Lumpur: Berdakwah bukan semestinya menerusi ceramah semata-mata dan ini yang dilakukan oleh Asni Abu Mansor yang menggunakan seni kemahiran melukisnya untuk menyampaikan ilmu dakwahnya. Asni yang juga seorang 'hafizah', mula menggunakan lukisan sebagai wadah untuknya menyampaikan dakwah ketika mengembara di sesuatu tempat bersejarah. Sehingga kini, pendakwah tersohor Malaysia berusia 46 tahun ini sudah menghasilkan hampir 300 lukisan sejak mula aktif melukis sejak 2013. "Saya sebenarnya gemar melukis sejak kecil lagi dan bakat melukis ini adalah semula jadi, tiada pendidikan khusus. Anak-anak dan ibu saya, Rokiah Suhada, 84, banyak memberi sokongan padu untuk saya giat melukis," Asni yang sudah berkecimpung hampir 20 tahun dalam bidang dakwah, berkongsi perjalanan dakwah dan kisah hidupnya dengan Bernama baru-baru ini. Beliau yang mempunyai Diploma Tahfiz al-Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan mendapat sanad ijazah al-Quran dari Masjidil Aqso Palestin mempunyai empat orang cahaya mata iaitu Yasmin Sofea Mohd Nasir, 23, Muhammad Adam Shauqi Mohd Nasir, 22, Maryam Hani Mohd Nasir,20 dan Muhammad Naufal Kholili Mohd Nasir,16.

Item Type: Newspaper
Keywords: Potret, Lukisan, Visual observation
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Fine Art
By Subject > Art & Design > Fundamental Art
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 10 Mar 2022 23:40
Last Modified: 14 Mar 2022 07:50
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item