Mimbar masjid Kampung Laut tertua di Malaysia

Mimbar masjid Kampung Laut tertua di Malaysia. [Newspaper] (2022)



Abstract

Tumpat: Mimbar Masjid Kampung Laut yang masih utuh dan pernah terselamat daripada banjir besar pada 1926 dan 1966 dianggarkan berusia 400 tahun, sekali gus dipercayai sebagai mimbar tertua di negara ini.Ketua Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Harleny Abd Arif berkata mimbar Masjid Kampung Laut kini berada Masjid Ar Rahman, Kampung Surau Pasir Pekan, Wakaf Bharu, di sini. Masjid Kampung Laut pernah terselamat daripada banjir besar pada 1926 serta 1966 sebelum dipindahkan ke Nilam Puri pada tahun 70-an bagi menyelamatkannya dan semasa proses pemindahan itu, mimbar tersebut diletakkan di Masjid Ar Rahman sehingga kini. "Mimbar ini dianggarkan berusia 400 tahun, biarpun pada mimbar tersebut tiada catatan tarikh namun usianya diwajarkan menerusi silang rujukan berdasarkan teks seni bina serta penulisan ilmiah mengenai Masjid Kampung Laut, yang juga dikatakan masjid tertua di negara ini," katanya ketika ditemui Bernama di Masjid Ar Rahman baru-baru ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Seni bina, Mimbar masjid, Malay heritage, Design history and management
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 10 Mar 2022 23:41
Last Modified: 14 Mar 2022 03:51
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item