Harimau gonggong anak beri makna

Harimau gonggong anak beri makna. [Newspaper] (2022)



Abstract

Kuala Lumpur: 'Kwai Chai Hong' dalam bahasa Kantonis pasar bermaksud Lorong Hantu Kecil, tetapi lorong yang ada di hadapan saya sedikit pun tidak menimbulkan rasa seram malah suasana sekeliling begitu cantik, sejuk mata memandang. Sebenarnya penulis pernah menelusuri lorong sepanjang kira-kira 36 meter itu tidak lama dahulu dan sudah tentu penulis begitu terpegun tatkala kaki melangkah menghampiri lokasi berkenaan baru-baru ini. Terletak antara Lorong Panggung dan Jalan Petaling, di kota metropolitan Kuala Lumpur, lorong ini semakin menjadi tarikan ramai menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang akan diraikan pada 1 dan 2 Februari 2022. Tahun Baru Cina 2022 adalah Tahun Harimau, (haiwan ke-3 dalam kitaran 12 haiwan dalam Zodiak Cina) dan tentunya arca Keluarga Harimau Malaya yang dibina di bahagian tengah lorong menambat hati sesiapa sahaja yang melewati lorong ini. Keluarga Harimau Malaya yang terdiri daripada si bapa sedang menggonggong si anak dengan diperhatikan oleh si ibu, secara simboliknya memaparkan rasa kasih sayang, harapan, perlindungan serta bantuan, menghidupkan lagi suasana meriah menjelang sambutan Tahun Baru Cina. Ada satu lagi tarikan di lorong ini iaitu jambatan kayu berwarna merah dengan hiasan gantungan tanglung berwarna warni serta potongan fabrik merah dan putih mengikut seni tradisional kuno Cina seakan memayungi arca Keluarga Harimau Malaya itu.

Item Type: Newspaper
Keywords: Arca, Tanglung, Lorong, Sculpture, Fabrik Stretch Out
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Fine Art
By Subject > Art & Design > Fundamental Art
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 10 Mar 2022 23:41
Last Modified: 11 Mar 2022 09:33
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item