Dua pelajar IPT raih gelaran juara AYDA 2021. [Newspaper] (2022)
Abstract
ANUGERAH Pereka Muda Asia (AYDA) ke-14 di Malaysia bagi tahun 2021 melabuhkan tirai dengan pengumuman Muhammad Afzal Hasmi dan Amirah Afiqah Abdullah sebagai pemenang bagi kategori Seni Bina dan Reka Bentuk Dalaman. Anugerah yang dianjurkan oleh Nippon Paint Malaysia dengan kerjasama rakan kongsi IJM Land Berhad ini memperoleh sejumlah 1,276 penyertaan untuk kedua-dua kategori Seni Bina dan Reka Bentuk Dalaman. Membawa tema 'FORWARD: Amplifying Empathy Through Design', pertandingan ini mencabar pereka generasi baharu untuk melangkaui reka bentuk ruang satu dimensi dan menggabungkan permintaan pengguna serta mengambil kira kelestarian dan penjagaan alam sekitar. Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Nippon Paint Malaysia, Yaw Seng Heng, pemenang yang dipilih menggambarkan objektif tema dengan jelas dalam reka bentuk mereka dengan penyelesaian reka bentuk yang menggabungkan kemampanan, sosial dan faktor emosi.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | ANUGERAH Pereka Muda Asia (AYDA), Seni bina, Reka bentuk dalaman, Kelestarian, Penjagaan alam sekitar, Pertandingan |
Taxonomy: | By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Architecture By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Interior Architecture |
Local Content Hub: | Subjects > Architecture, Planning & Surveying |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 10 Mar 2022 23:42 |
Last Modified: | 11 Mar 2022 09:18 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |