Era modenisme dan pascamodenisme: suatu transformasi seni visual dalam konteks sosio-budaya

Era modenisme dan pascamodenisme: suatu transformasi seni visual dalam konteks sosio-budaya. International Journal of Art & Design, 5 (2). pp. 59-68. ISSN 2710-5776 (2021)



Abstract

Kertas kerja ini menyoroti teori-teori pemikiran modernisme yang sudah lama wujud dalam masyarakat dan menyelusuri bagaimana pembentukan pasca modernisme mulai mengambil tempat dalam masyarakat khususnya melibatkan seni visual. Kehadiran pemikiran pasca modernisme dikatakan sebagai sikap anti modernism. Justeru, persoalannya adakah ia muncul sebagai suatu andaian atau berlakunya suatu anjakan atau transformasi dalam memacu pertumbuhan dan perkembangan seni dan budaya. Objektif kajian ini ialah untuk membicarakan akan trend perubahan pemikiran pendukung seni ke atas fenomena seni visual dan budaya sejak dari era modernism lagi. Namun. sejauh mana kehadiran pemikiran pasca modernisme yang dikatakan sebagai anti modernism benar-benar dipaktikkan atau pemikiran modernism sememangnya sudah mati? Kenyataan tersebut turut merungkai pelbagai tanggapan atau benarkah belum ada suatu tafsiran atau pengertian yang jitu dan jelas antara “seni modern” dan “seni pascamoden”? Hal tersebut turut ditandai dengan munculnya pelbagai tafsiran serta masih wujudnya polemik atau bahasan di kalangan para ilmuan khususnya dalam wacana seni budaya. Kajian ini adalah menggunakan penyelidikan sekunder dengan bersandarkan kepada pelbagai teori dari disiplin ilmu. Sementara itu temu bual turut dilakukan dengan sejarawan seni tanah air dalam merungkai persoalan ini. Meskipun wujud pelbagai keraguan dalam pemisahan antara “modernism” dan “postmodernisme” namun ia memberikan suatu input yang menarik sehingga sering dikaitkan dengan munculnya beberapa ciri-ciri pemikiran serta gaya era pascamoden yang berbeza dari segi idea, konsep, pendekatan, bahan, penampilan, persembahan, idea, tafsiran dan pemaknaannya yang menjurus kepada transformasi seni visual dalam konteks sosio-budaya masakini.

Item Type: Article
Keywords: Media & communication, Visual communication, Cultural and ethnic studies, Visual arts
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Fauzi Badiran (KABS, Puncak Alam)
Date Deposited: 15 Mar 2022 23:41
Last Modified: 16 Mar 2022 08:47
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item