Kesan terhadap penggunan sistem fasad kaca pada bangunan tinggi

Kesan terhadap penggunan sistem fasad kaca pada bangunan tinggi. Journal of Design + Built, 13 (1). p. 12. ISSN 1985-6881 (2020)



Abstract

Kajian ini dijalankan dengan membuat penelitian bagaimana fasad hijau diterapkan pada bangunan pencakar langit. Kajian ini difokuskan lebih terperinci mengenai pengaplikasian sistem fasad kaca kepada bangunan tinggi. Pelbagai persoalan timbul kebelakangan ini seperti keberkesanan bangunan tinggi di Malaysia yang mengaplikasikan sistem fasad kaca samada untuk menangani permintaan tuntutan tenaga dalam bangunan atau hanya bercirikan estetik. Penghijauan fasad secara umumnya memberikan potensi penyejukan di permukaan bangunan tinggi, yang sangat penting semasa musim panas di iklim panas. Kesan pendinginan fasad hijau juga memberi kesan kepada iklim dalaman di dalam bangunan dengan menghalang pemanasan bangunan. Justeru, tumpuan kajian diberikan kepada pengenalan pelbagai jenis sistem fasad hijau dan analisis kesan sistem fasad kaca pada perubahan suhu dan kesan terma. Kajian ini merupakan keperluan kepada projek Rekabentuk Studio Sarjana Senibina 2 bertemakan bangunan pencakar langit dan bertujuan membantu secara tidak langsung turut memberi gambaran kepada projek studio sarjana senibina 2 bagi projek bangunan pencakar langit dan aplikasi sistem fasad kaca pada sesebuah bangunan tinggi.

Item Type: Article
Keywords: Keberkesanan, Rekabentuk estetik, Sistem Fasad Kaca, Bangunan tinggi
Taxonomy: By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Building Surveying
By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Architecture
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 15 Mar 2022 23:48
Last Modified: 16 Mar 2022 07:32
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item