Penerokaan indeks pengetahuan kelestarian alam sekitar fizikal dalam kalangan belia Malaysia. Journal of Techno Social, 12 (2). pp. 48-59. ISSN 2229-8940 (2021)
Abstract
Artikel ini bertujuan untuk meneroka komponen fizikal indeks pengetahuan kelestarian alam sekitar dalam kalangan belia Malaysia dengan menggunakan analisis faktor penerokaan (EFA). Responden terdiri daripada 100 orang belia Malaysia yang dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan. Soal selidik skala Likert 1 hingga 5 digunakan untuk mendapatkan maklum balas.Hasil kajian menunjukkan bahawa item dalam etiap konstruk kajian mencapai kebolehpercayaan yang dapat diterima dengan nilai Cronbach Alpha lebih besar daripada 0.70 dan memenuhi syarat ujian normaliti. Data kemudian diproses menggunakan EFA pengelompokan item mengikut konstruk yang sesuai. Hasil kajian telah mengenal pasti empat komponen utama pengetahuan kelestarian alam sekitar belia Malaysia daripada 69 item soal selidik, iaitu litosfera, hidrosfera, atmosfera, dan biosfera. Penemuan ini juga menepati syarat nilai indeks yang ditetapkan oleh (Kaiser-Meyer-Olkin danBartlett’s Test of Sphericity). Ini membuktikan empat komponen yang dinyatakan ini harus dititikberatkan dalam pembinaan instrumen bagi menilai indeks pengetahuan kelestarian alam sekitar dalam kalangan belia Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kelestarian alam sekitar, Pengetahuan, Litosfera, Biosfera, Hidrosfera, Atmosfera, Belia Malaysia |
Taxonomy: | By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Architecture By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Landscape Architecture |
Local Content Hub: | Subjects > Architecture, Planning & Surveying |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 15 Mar 2022 23:48 |
Last Modified: | 16 Mar 2022 07:25 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |