Kesedaran mengenai penjimatan tenaga elektrik dan kelestarian alam sekitar. Proceedings of The Malaysian National Economic Conference, 2. pp. 977-990. ISSN 2231-962X (2013)
Abstract
Langkah penjimatan tenaga elektrik merupakan sesuatu perkara yang sangat baik demi kelangsungan hidup genarasi akan datang. Ini kerana penjanaan tenaga elektrik adalah berasaskan minyak, arang batu dan tenaga hidro yang tidak boleh diperbaharui sekiranya sumber tersebut mengalami kekurangan bekalan. Justeru, kertas kerja ini mengupas mengenai tahap kesedaran penjimatan tenaga elektrik
dalam kalangan pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang melibatkan tiga komponen penting iaitu pengetahuan, pandangan dan tindakan mereka. Terdapat dua metod yang digunakan dalam kajian ini iaitu penelitian mengenai kos bil elektrik di dewan penginapan pelajar dan penggunaan borang soal selidik. Bagi borang soal selidik pemilihan responden adalah menggunakan teknik kluster mengikut dewan penginapan pelajar iaitu diedarkan kepada 525 pelajar yang berada di 15 dewan penginapan pelajar kampus UUM. Teknik analisis korelasi digunakan bagi meneliti hubungan beberapa pemboleh
ubah dengan kesedaran penjimatan elektrik di kalangan pelajar UUM. Hasil kajian mendapati kos pengguna tenaga elektrik bagi dewan penginapan pelajar adalah sangat tinggi sehingga mencecah jutaan ringgit setiap bulan dan hasil soal selidik mendapati tahap kesedaran pelajar tentang pentingnya
penjimatan tenaga elektrik juga berada pada tahap sederhana atau kurang baik.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Penjimatan tenaga elektrik, Tahap kesedaran, Pengurusan alam sekitar, Pembangunan mapan, Substitute, Product development |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Economics By Subject > Business & Management > Marketing |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 15 Mar 2022 23:49 |
Last Modified: | 16 Mar 2022 06:51 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |